Friday, January 8, 2010

Malaysian Christians

Mari kita berdoa.

Bapa kami di Sorga, (Heavenly Father in Heaven)
Engkau sahaja dimuliakan dan ditinggikan, (You are exalted high)
Kami datang kepadaMu, (We come before You)
Ampunkan segala dosa kami, (Forgive us our sin)
Apa pun kesalahan kami, (What ever wrong doing that we have done)
Sucikan kami hati kami, (Cleanse our heart)
Supaya kami layak dihadiratMu. (So that we can come before You)

Bapa, (Father)
Pada masa ini kami datang kepadaMu, (In this time, we come before You)
Kami datang bersujud kepadaMu, (We bow before You)
Engkau sahaja sumber perlindungan kami, (You are our protector)
Jauhkan kami daripada kemusnahan, (Protect us from disaster)
Dekatkan kami kepadaMu, (Drag us near you)
Berikan kami kekuatan, (Give us the Strength)
Berikan kami hati yang mengasihi, (Give us a loving heart)
Berikan kami hati yang sabar, (Give us patient heart)
Supaya kami terus mengasihi mereka yang membenci kami, (That we love those who hate us)
Supaya kami bersabar terus dalam pergolakan dunia kini. (To be patient in uncertainty)

Hanya kepadaMu sahaja ya Bapa,
Tempat kami berlindung,
Tempat kami bergantung.

Selamatkan Malaysia kami,
Supaya kami boleh tinggal bersama walau kami berbeza,
kerana kami ada Engkau yang sentiasa mengasihi kami.

Terima kasih ya Bapa,
Terima kasih ya Yesus,
Terima kasih Roh Kudus,
Amen.

No comments: